Check in hotel
Selepas tamat program di Sekolah Aichi Shogyu, kami check in hotel tidak jauh daripada sekolah diiringi oleh tour leader kami yang peramah dan baik hati - Cik Yumiko.
Hotel Daini Fuji menjadi pilihan kerana lokasi yang sesuai, bilik yang selesa dan harga yang berpatutan. Harga lebih kurang RM145 satu malam. Kami tinggal di sini untuk 3 malam.
Alamat hotel:
2-10-24 Higashisakura, Higashi-ku,
Sakae, Nagoya, Aichi,
Japan 461 - 0005
Kami menginap di hotel ini |
Bathrobe pun disediakan.. |
Kemas dan bersih dilengkapi dengan bath tub |
Takaoka Subway Station
Kami berjalan kaki menuju ke stesen kereta api berhampiran hotel untuk mencari makan malam. JJCM..makanan yang halal.. meredah malam dengan cuaca musim bunga yang agak sejuk. Sepanjang perjalanan ke stesen kereta api, macam-macam pemandangan yang dapat dilihat.
Nampak tak bunga Lupin di belakang tu? Purple & pink.Bunga yang popular di New Zealand. Walau pun agak gelap, sempat juga merakamkan beberapa keping gambar buat kenangan.
Beli tiket untuk naik train |
Naik train beramai-ramai.
Dari kiri : Cik Yumiko, Pn Azizah, Pn Nor Jihah & Pn Adzuhaidah.
Dari kiri : Cik Yumiko, Pn Azizah, Pn Nor Jihah & Pn Adzuhaidah.
Replika pelbagai jenis menu |
Ini pun replika juga. Restoren akan mempamerkan menu yang dijual di hadapan kedai. Nampak real. Sangat menarik.
Dari satu kedai ke satu kedai kami mencari makanan yang halal. Tidak dijumpai restoren muslim. Akhirnya kami ke Seafood Restaurant.
Inilah set makan malam saya pada hari ini. Belajar makan Sashimi. Inilah masanya untuk menghayati makanan dan budaya Jepun
Sashimi ialah sejenis menu Jepun yang menghidangkan hirisan ikan mentah. Kebiasaannya sebelum menjamu selera, hirisan ikan mentah tersebut akan dicolet dengan wasabi dan sos kicap khas.
Alhamdulillah. Selesai misi mencari makan malam pada hari ini.
Bersambung ke entri seterusnya...
NAGOYA DAY 3
Baca dan tonton juga Siri Travelog/Vlog:
(1) Vietnam
(2) Jepun
(3) Haji
(4) New Zealand
Link Video : NEW ZEALAND
(5) Turki
Link Video : TURKI