google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Tempat Menarik di Vietnam : Festival Bunga Dalat

Tempat Menarik di Vietnam : Festival Bunga Dalat



















Cuti hujung tahun kali ini, sempat berkunjung ke Dalat, Vietnam bersama-sama dengan keluarga dengan mengikuti pakej yang disediakan oleh SF Trouvaille Holidays yang beribu pejabat di Manjung, Perak. Di antara destinasi pakej percutian selama 5 hari 4 malam ini ialah Dalat yang terkenal dengan jolokan "Bandar Bunga".

Salah satu lokasi pilihan di Dalat ialah Festival Bunga Dalat. Ia adalah acara dwitahunan yang berjaya menarik ramai pelancong ke Vietnam. Festival yang mula diadakan sejak tahun 2005 ini berlangsung pada 1 November 2022 sehingga 31 Disember 2022. Dalat yang terletak 1500m di atas paras laut dengan suhu sejuk sepanjang tahun menggalakkan lagi pertumbuhan bunga-bungaan iklim sederhana. 

Pelbagai jenis bunga dipamerkan di festival ini sama ada dari iklim tropika, sehinggalah ke iklim sederhana. Bunga-bunga pula diolah begitu cantik sekali dengan pelbagai seni gubahan bunga yang mempesonakan pengunjung yang datang. 

Vietnam yang terkenal dengan seni bonsai telah mempamerkan pelbagai jenis pokok bonsai. Selain daripada bunga, kelihatan juga pokok limau, kedondong dan jambu batu yang dibonsaikan. Amat unik sekali.

Tiket masuk adalah VD40,000 atau lebih kurang RM7.49 bagi dewasa. Kaunter tiket terdapat di bahagian hadapan pintu masuk ke taman bunga.

Jika anda berkunjung ke sini, pastikan anda membawa bersama baju sejuk kerana suhu semakin menurun menjelang waktu petang. Manakala malam pula, adalah sangat sejuk sehingga mencecah 12 darjah Celcius.

Untuk melihat lebih lanjut keindahan bunga-bungaan di sini, anda boleh menonton video di bawah.


Previous Post Next Post