google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Persiapan Pulang Ke Tanah Air

Persiapan Pulang Ke Tanah Air



PERSIAPAN UNTUK PULANG KE MALAYSIA








Setelah selesai menunaikan tawaf haji...lengkaplah amalan haji. Alhamdulillah. Kini kami merancang untuk persiapan pulang ke tanah air. Baju-baju dan pakaian semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina dibasuh..barang-barang cenderamata mula dimasukkan dan dikemas dalam beg.

Kami suami iateri keluarkan beg letak depan pintu di koridor bilik hotel untuk kemas beg agar lebih terancang. Mana-mana barang yang dalam senarai yang belum dibeli...kami cari selepas solat. Tali juga dibeli untuk ikat beg agar tidak terburai di airport dek kerana isi kandungan yang sangat padat. Harganya agak mahal. Tapi yang bawa dari Malaysia dah guna buat ampai. So, bakal-bakal jemaah haji bolehlah bawa tali lebih sikit ye.

Pagi-pagi lagi beg-beg besar sudah dihantar ke bawah hotel dan susun mengikut nombor bas yang telah ditetapkan. Semuanya sibuk mengemas dan mengikat beg. Ada juga yang pos barang-barang bimbang lebih muatan yang dibenarkan iaitu 30kg. Kemas bilik dan peti ais. Bahan makanan yang masih lebih kami berikan kepada petugas hotel.




Contoh beg yang sudah siap diikat. Teknik ikatan ini diajar oleh rakan-rakan sebilik.




Contoh beg yang sedia ke Airport. Selepas diikat, dibalut pula dengan sampul beg yang dibeli di Malaysia.
 Jadi, beg sentiasa bersih. Di pemegang beg, diikat dengan sesuatu yang mudah dilihat dari jauh - strawberry (sebenarnya ia adalah beg plastik recycle..kalau dibuka)


MENGHAYATI KAABAH / MEKAH BUAT KALI TERAKHIR


Inilah suasana tawaf selepas Hari Tasyrik. Begitu ramai sekali yang menunaikan tawaf ifadah atau tawaf sunat. Lautan manusia ini semuanya dengan niat satu...mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.




Explore Masjidil Haram sampat tingkat paling atas sekali.









Bab Al-fatah dalam kenangan...pintu keluar masuk  yang paling hampir dengan hotel kami.













Gambar Kaabah dari tingkat 4

Hari terakhir di sini, kami hayati sekitar masjid al-Haram sebaik mungkin. Kami tukar-tukar tempat / tingkat masjid untuk solat. Entah bila lagi kami akan ke sini. Suasana musim haji amat berbeza dengan umrah. Syukurlah kami diberikan oleh Allah penerbangan awal KT2....walau kami memohon penerbangan akhir kerana tugas dan urusan anak-anak yang  bersekolah. Banyak kelebihan yang kami terima kerana kebanyakan tempat masih belum ramai jemaah lagi. Walau apa pun, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya dan sejauh mana kemampuan para tetamu-Nya.


TAWAF WIDAK

Kami tawaf widak selepas asar, kemudian ambil semua barang di bilik dan turun ke surau hotel. Solat maghrib ditunaikan di sini sambil menunggu giliran dipanggil. Kami sempat solat Isyak. Sebaik azan sahaja, terus solat. Beg besar diletakkan di atas bas manakala beg "hand luggage" bawa masuk dalam bas. Beg besar akan dihantar/dilambung ke atas bas dengan agak lasak. Oleh itu, beg perlu dikunci/diikat mantap.



Selamat Tinggal Makkah al-Mukarramah
Moga bertemu lagi




Buat bakal jemaah haji yang akan menjadi tetamu Allah (dhuyufurrahman) pada tahun ini..
  • Sekalung tahniah!!!!
  • Selamat menunaikan haji bersama pasangan/keluarga/sahabat/atau sendirian.
  • Samada terpilih / rayuan / pakej / muassasah / ditaja / atau kerana bertugas
  • Sesungguhnya anda adalah insan yang terpilih dari jutaan yang ingin ke sana
  • Timbalah ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin sebagai bekalan
  • Biar apa pun masalah yang dihadapi sebelum atau ketika di sana..tidak cukup wang, sakit dsb ..banyakkan sabar & bertawakkal kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang
  • Akan ditemui tempat pergantungan sejati..dan cinta hakiki yang abadi
  • Rebutlah peluang keemasan yang terbentang luas di hadapan anda untuk beribadat & beramal sebanyak yang mungkin..mengaut lautan pahala..setiap detik dan ketika
  • Semoga mendapat haji yang mabrur dengan ganjaran syurga..insya Allah

Previous Post Next Post