King Abdul Aziz International Airport (KAAIA)
|
Berkumpul di tempat yang disediakan. Ada bendera Malaysia. |
Perjalanan dari Madinatul Hujjaj ke lapangan terbang lebih kurang sejam. Tiba sahaja di KAAIA, kami berehat untuk makan dan solat (bagi yang belum). Kami terus menuju ke tempat yang dikhaskan untuk jemaah haji Malaysia. Ada kemudahan tandas, masjid/surau dan musolla berhampiran yang juga tempat untuk berehat dan merebahkan diri kerana kepenatan.
|
Jemaah Malaysia sahaja di sini. |
Terdapat pelbagai kedai cenderamata dan makanan di sini. Jangan berada terlalu jauh dari tempat ini. Bimbang tidak dapat mengikuti perkembangan semasa. Maklumkan kepada rakan jika hendak bersiar-siar melihat kawasan membeli belah.
|
Agihan passport dan boarding pass |
|
Pegawai yang bertugas penuh ceria dan sabar |
|
Kedai jualan cenderamata yang begitu meriah sekali |
|
Macam-macam ada... |
|
Tandas airport yang selesa. |
|
Di antara kedai cenderamata di KAAIA...ada banyak duit riyal lagi ke? |
|
Masjid/Surau di Airport |
|
Solat asar berjemaah |
|
Jemaah Haji KT2 bergerak ke kawasan berlepas dengan penuh tertib. Sampai di pintu masuk, kami diberi cenderamata Al-Quran oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai kenang-kenangan. |
Kami telah solat zohor dan asar secara jamak di Madinatul Hujjaj. Di sini hanya perlu menunggu arahan. Kemudian kami diberi makanan ringan, air dan buku sebagai cenderamata. Tapi air minuman kena habiskan segera atau sedekah kepada pekerja di situ kerana tidak boleh dibawa naik flight. Passport dan boarding pass yang diterima perlu dijaga secara individu/dalam beg sendiri untuk memudahkan pergerakan kerana jemaah lelaki dan wanita beratur berasingan.
|
Wrapping luggage area |
|
Pemandangan dari tingkat atas |
|
Beratur dengan penuh sabar. Lelaki dan wanita berasingan. |
|
Jemaah wanita |
Cabaran dan ujian tidak setakat di Mekah dan Madinah sahaja. Beratur dari pintu hingga masuk ke dalam tiada masalah. Setelah beratur seperti ini...keadaan menjadi sangat lambat. Flight ialah pada pukul 5.30 petang....tapi jadi 8.00 malam. Lebih kurang 2 jam setengah beratur..kejap bangun.. kejap duduk. Kami makan bekalan makanan yang ada. Tiba waktu Maghrib, kami solat jamak Maghrib & Isyak di tepi-tepi tempat beratur dengan segera. Ingatkan dah takde masa. Rupa-rupanya lambat lagi. Pada masa ini jika ada kerusi lipat memang sangat membantu. Tak taulah di mana masalah yang timbul. Akhirnya tiba juga di tempat pemeriksaan beg..dan masuk flight.
|
Dapat juga masuk kapal terbang.... |
|
Tiba masanya turun dari kapal terbang ..dah pagi |
|
MH8201 13/11/2011 Ahad - 9.30 pagi tiba di KLIA. Jadual asal 7.05 pagi. |
|
Menunggu bagasi masing-masing |
Syukur alhamdulillah atas segala limpah rahmat-Nya. Kami selamat sampai di KLIA dengan keadaan sihat walafiat...bermacam-macam perasaan yang bercampur baur gembira, sayu dan sentiasa berharap "Ya Allah, terimalah ibadah hajiku ". Setelah mengambil bagasi dan agihan air-zamzam, kami solat sunat dua rakaat, qadha subuh yng ditunaikan secara "solat menghormati waktu" dalam kapal terbang, solat sunat dhuha dan sujud syukur di musolla berhampiran tempat kutipan bagasi.
Terima kasih atas layanan mesra para petugas KLIA. Mereka menyambut kami dengan senyuman dan ucapan selamat kembali ke tanah air. Ada petugas yang bersedia dengan kerusi roda untuk membantu jemaah yang uzur.
Sekalung penghargaan kepada semua petugas Tabung Haji yang bertugas penuh dedikasi, sabar dan mesra. Mereka memang patut menerima pujian...dari para petugas hinggalah pegawai..mereka semua bekerja penuh ikhlas demi memudahkan para tetamu Allah. Pengurusan Tabung Haji memang mantap dan sangat baik.
ALHAMDULILLAH...