google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Melontar Jamrah

Melontar Jamrah



Melontar Jamrah Kubra (7 biji)

HARI NAHAR
6/11/2011 - 10 Zulhijjah 1432H
  • Melontar jamrah Kubra (waktunya bermula selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah) 
  • Waktu afdhal ialah apabila masuk waktu Dhuha hingga gelincir matahari 10 Zulhijjah.
  • Perbuatan ini merupakan tahiyyat (penghormatan) bagi Mina.

4.30 pagi ...menuju ke jamrah dengan penuh debaran mohon dipermudahkan oleh Allah.




Ini jamrah wusta..ditutup kerana belum waktu melontar lagi.


Beginilah suasana di jamrah Kubra. Alhamdulillah tidak ramai orang. Polis/tentera bertugas 24 jam di sini.




Selesai melontar... balik ke khemah. Solat subuh di khemah sahaja.



Melontar Jamrah Sughra, Wusta Dan Kubra (21 biji)


HARI TASYRIK PERTAMA

7/11/2011 - 11 Zulhijjah 1432H
Waktunya bermula selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.


 

Pukul 2 sudah bangun untuk urusan tandas. Bimbang beratur panjang. Untuk hari kedua, kami keluar melontar pada pukul 7.15  pagi selepas sarapan. Jemaah tidak ramai sangat. Tapi hari sudah cerah. Kami bawa payung, uncang batu dan air mineral.
Selesai melontar kami jalan-jalan tengok gerai jualan yang sangat meriah. Ada jualan alas meja cantik-cantik dari China dan pelbagai cenderamata. Pukul  12.40 sebelum  Zohor ada Tazkirah disampaikan melalui interkom di dalam khemah.



Para petugas TH dengan beg dan jaket khas mereka.



Lautan manusia sedang menuju ke kawasan Jamarat.



Kawasan melontar..ada macam tembok sponge di hadapan tempat melontar. Jemaah tidak begitu ramai waktu ini.
Kami berada di tingkat 2 Kompleks Jamarat...biasanya jemaah Asia & Asia Tenggara di sini.




Selesai melontar...Bendera Malaysia dan Indonesia berkibaran dengan megah sepanjang jalan ke Kompleks Jamarat.





Inilah pemandangan lautan manusia menuju ke Jamarat untuk menunaikan ibadah melontar.



Melontar Jamrah Sughra, Wusta Dan Kubra (21 biji)


HARI TASYRIK KEDUA

8/11/2011 - 12 Zulhijjah 1432H
Waktunya bermula selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.



Kami (KT2) akan menyempurnakan Nafar Awal kerana penerbangan kami awal. Oleh itu kami  telah dinasihatkan agar melontar pada 12 Zulhijjah lebih awal. Pukul 2 sudah bangun..qiamullail dsb...4.15 pagi kami sudah bertolak dengan anggaran sudah tiba di jamarat pada waktu subuh. Siap dengan wuduk..tapi sebelum tiba Jamarat ada tandas untuk berwuduk dan qada' hajat. Apabila azan berkumandang, bermaksud sudah masuk waktu melontar. Kami sempurnakan melontar ketiga-tiga jamrah kemudian tunaikan solat subuh di tepi-tepi kawasan tersebut dengan kadar segera sebelum "dihalau" oleh askar.









Ramai juga yang melontar pada awal pagi....ramai nak buat nafar awal agaknya. Siap je melontar sudah boleh kembali ke Mekah jika cukup syarat-syaratnya.








Syukur selesai melontar...Perjalanan pulang ke khemah di Mina

Sebelum kami meninggalkan kawasan jamrah...kami berdoa dan kami hayati serta rakamkan dalam kamera/video dan memori ... Jamarat yang pernah melakukan ibadat melontar di sini..Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Kami ucapkan selamat tinggal ...sayonara ....dengan pilu. Entah bila lagi akan ke sini. Jika buat umrah pun...tiada ibadat melontar. Haji...entah bila agaknya. Wallahu a'lam.


"Posing" dengan askar yang sporting.. Jalan pergi dan balik melontar dipisahkan dengan pagar dan dijaga oleh askar. Oleh itu, tiada pertembungan berlaku.



Selesai melontar...jemaah haji dari seluruh dunia



Balik ke khemah melalui terowong Muassim




Poster sepanjang jalan




Poster untuk meningkatkan motivasi para jemaah


Kesimpulan:

  • Para jemaah perlu mengikut arahan Tabung Haji dari semasa ke semasa di samping menjaga segala larangan seperti berebut-rebut, bertengkar dsb.
  • Melontarlah dengan penuh yakin dan tawaduk serta menjaga syarat-syaratnya. 
  • Tempat/ masa ini adalah mustajab doa.
  • Selepas selesai melontar, ada ramai peminta sedekah dari kalangan wanita dan kanak-kanak di luar kawasan Jamarat.
  • Jemaah juga eloklah kalau bawa cermin mata hitam dan  topi/payung kerana cuaca agak panas dan cerah.

Syukur alhamdulillah...kami selesai menunaikan ibadat wajib haji..melontar dengan selamat dan lancar atas rahmat dan kasih sayang-Nya. Sudah boleh bersedia untuk Nafar Awal.

Previous Post Next Post