Madinatul Hujjaj...bermaksud "Bandar Jemaah Haji"
Lokasi :
Jeddah, Arab Saudi
Tidak jauh dari Lapangan Terbang.
Fungsi :
Sebagai tempat transit sebelum jemaah haji
pulang ke tanah air. Mereka akan tinggal di sini sebelum menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul aziz.Tempat penginapan ala asrama boleh memuatkan
sekitar 1000 jemaah haji pada satu-satu masa ketika musim haji. Biasanya
jemaah akan tinggal di sini paling lama 2 malam. Jika hanya digunakan pada musim haji, bermaksud bangunan ini hanya berpenghuni sekali setahun.
Menu makanan di gerai yang disediakan :
1. Pelbagai minuman (panas & sejuk)
2. Roti canai
3. Bakso
4. Mee Sup
5. Air Batu Campur
6. Dll
Gerai Jualan Di sini :
1. Gerai Makanan Malaysia
2. Gerai Jubah dan pakaian
3. Sudut jualan Kurma Segar dan Buah Delima
4. Gerai Beg
5. Gerai keperluan harian
Kemudahan :
1. Musolla
2. Perkhidmatan Kesihatan
3. Setor bagasi & tempat timbang
4. Gerai makanan & jualan cenderamata
5. Asrama
# Tiada kemudahan pengeluaran wang simpanan Tabung haji di sini.
Baru tiba..teruja tengok gerai makan ni |
Kami tiba di sini lebih kurang 10.00 malam. Agak penat juga dalam bas. Perjalanan sederhana..tidak begitu laju dan tidak sesak sangat di jalan raya. Tiba di sini, kelihatan ramai jemaah haji dengan beg-beg mereka di bawah asrama. Rupa-rupanya mereka sudah check-out asrama dan akan berlepas ke airport. Kumpulan kami pula ambil alih asrama.
Asrama..5 tingkat tanpa lif. |
Ada dua blok asrama. Satu untuk jemaah lelaki dan satu lagi untuk jemaah perempuan |
Kantin / gerai / warung yang disediakan di sini. |
Bilik penginapan telah ditetapkan seperti yang tertera pada sticker di belakang Lencana Pengenalan Haji. Selepas letak beg..janji dengan suami
turun bawah. Ambil gambar..menghayati keindahan kawasan ini...dan kami
minum-minum. Alhamdulillah..ada roti canai dan teh tarik. Seronok betul
dapat makanan Malaysia. Setelah menghilangkan lelah..barulah kami naik ke bilik asrama.
Beli guna kupon. Jika kupon di Mekah masih ada lagi...boleh guna di sini. |
Di hadapan asrama (bawah) ada ruang berehat dan menjamu selera |
Kemudahan telefon. Tak taulah boleh guna atau tidak sebab tak cuba. |
Dalam asrama. Karpet di tengah untuk solat & makan. |
Kawan-kawan sebilik di Mekah dulu sama bilik / dorm dengan kami.
Semuanya kepenatan..terus saja lena.
20 orang satu dorm. Katil double decker. Bantal, selimut & cadar disediakan. |
Tempat wuduk dan tandas untuk kegunaan ramai. |
Tangga ke tingkat seterusnya. Tidaklah begitu tinggi sangat. Namun.. perlu bantu yang kurang upaya. |
Di surau lelaki. Tingkat bawah blok. |
Solat berjemaah di sini lebih selesa daripada di dalam dorm. |
Jemaah lelaki makan beramai-ramai di dorm. |
Setibanya di sini, kami diberikan makan malam. Begitu juga sarapan dan makan tengah hari keesokan harinya, dihantar terus ke bilik/dorm. Bermula 12 tengah hari sudah mula bergerak ke airport. Jadi ada yang bawa makanan ke airport dan menjamu selera di sana kerana kesuntukan masa.
Beg-beg besar di tempat simpanan. Tidak perlu bawa naik dorm/bilik. |
Beg disusun mengikut nombor bas. Petugas turunkan beg dari bas (dari Mekah) terus ke sini. |
Perkhidmatan kesihatan |
Timbang beg : dipanggil ikut nombor bas. Perlu peka dengan pengumuman di asrama. |
Beratur untuk timbang bagasi..ambil dari tempat simpanan beg tadi. Tidak jauh sangat. |
Satu orang maksimum 30 kg. Jika suami isteri...boleh 60kg. Kadang-kadang ada yang volunteer tolong angkat beg...bagi tips sikitlah. Beg 5kg dibenarkan untuk hand-luggage |
Kawasan ini berpagar agak tinggi..jangan cuba-cuba keluar dari sini! |
Pembekal air mineral |
Jubah yang berwarna-warni ada dijual di sini |
ABC....air batu campur yang sungguh menyelerakan. |
Mee Hoon Sup yang sangat sedap... (rindu masakan Malaysia) Tak cukup satu mangkuk! |
Setelah dipanggil melalui interkom..bergerak naik bas ikut nombor bas anda ke Jeddah Airport. Di kiri dan kanan pokok kurma di atas ialah pokok mangga yang hidup subur. |
Pemandangan menuju ke KAAIA (King Abdul Aziz International Airport) |
Pemandangan dari dalam bas. Jarak dari Madinatul Hujjaj ke Airport ialah 35km. |
Salah sebuah pusat perniagaan di Jeddah. |
Kesimpulan :
Jemaah haji perlu sentiasa peka dengan pengumuman melalui pembesar suara dari semasa ke semasa. Perlu kerjasama rakan sebilik..mana tau ketika diumumkan nombor bas kita perlu menimbang bagasi...kita di tandas. Lencana Pengenalan Haji perlu sentiasa dibawa/dipakai untuk semua urusan.
Kami di sini tidak sampai 24 jam...sampai sini tengah malam..12 tengah hari sudah pergi. Tidak lama. Oleh itu, tempat ini hanyalah sebagai tempat persiapan dan persinggahan terakhir sebelum ke airport. Kemudahan yang serba sederhana ini memadailah untuk para jemaah bermalam/berehat. Juga sebagai tempat peralihan di antara meninggalkan Mekah Al-Mukarramah dan pulang ke tanah air. Taklah sedih/terkejut sangat kerana fenomena Malaysia sudah ada di sini. Namun, kemabruran haji perlu terus dipelihara...
Kami di sini tidak sampai 24 jam...sampai sini tengah malam..12 tengah hari sudah pergi. Tidak lama. Oleh itu, tempat ini hanyalah sebagai tempat persiapan dan persinggahan terakhir sebelum ke airport. Kemudahan yang serba sederhana ini memadailah untuk para jemaah bermalam/berehat. Juga sebagai tempat peralihan di antara meninggalkan Mekah Al-Mukarramah dan pulang ke tanah air. Taklah sedih/terkejut sangat kerana fenomena Malaysia sudah ada di sini. Namun, kemabruran haji perlu terus dipelihara...