google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Bermalam di Muzdalifah

Bermalam di Muzdalifah









Click to visit the places on the map

Bermalam di Muzdalifah juga dikenali sebagai Mabit .



Pengertian
Berada  di Muzdalifah selepas separuh malam 10 Zulhjjah hingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu subuh) pada hari tersebut.


Tempoh masa
Memadai walau hanya seketika.
Sebaik-baiknya berada sepanjang malam .


Adakah sah mabit di dalam kenderaan?
Sah. 
Sah mabit bagi jemaah haji yang dibawa dengan bas yang hanya melintasi Muzdalifah dalam waktu tersebut walaupun tidak menjejakkan kaki di Muzdalifah ataupun tertidur ketika bas melintasinya.


Hukum Mabit di Muzdalifah
Wajib Haji.
Jika tertinggal hajinya sah tetapi perlu bayar dam.


Lokasi Muzdalifah
Terletak di antara Arafah dan Mina. 3km dari Arafah.


Keluasan
12.25km


Muzdalifah Dalam Al-Quran
Muzdalifah merupakan suatu tempat ibadat berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah : ayat 198 yang bermaksud
" Apabila kamu berangkat dari Arafah maka sebutlah nama Allah di Mas'ar al-Haram (Muzdalifah)."


Suasana di Muzdalifah
- Kawasan tanah lapang berpasir dan berbatu kecil.
- Disediakan kanvas besar untuk 2-3 bas, kemudian kami lapik dengan alas oren sumbangan TM. Ada juga
  bas yang dah lewat tiba, tiada kemudahan kanvas. Guna apa yang ada sahaja.
- Berhimpun mengikut nombor bas dari Arafah.
- Jemaah dari Malaysia berhimpun setempat.
- Jemaah pakej dan muassasah ditempatkan berasingan.


Kemudahan
1. Tandas
2. Lampu "spotlight" 
3. Tong sampah


Aktiviti di sini
  • Solat sunat
  • Berzikir
  • Membaca al-Quran
  • Mengutip anak batu
  • Berdoa
  • Bertalbiah


Amalan sunat
  • Solat Maghrib dan Isyak jamak takhir (satu azan dan dua iqamah) jika belum menunaikannya.
  • Mengutip tujuh biji anak batu untuk melontar di Jamrah Kubra pada keesokan harinya.
  • Mabit di Muzdalifah hingga terbit fajar (subuh) dan solat subuh pada awal waktunya.
  • Terus berada di Muzdalifah hingga langit cerah.
  • Banyak berzikir dan berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.
  • Bertalbiah dalam perjalanan ke Mina dan berhenti setelah selesai melontar jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah adalah sunnah.


Anak batu
1. 10 Zulhijjah   (7 biji - jamrah Kubra)
2. 11 Zulhijjah   (7 biji x - Jamrah Kubra / Jamrah Ula / Jamrah Wusta = 21biji)
3. 12 Zulhijjah   (7 biji x - Jamrah Kubra / Jamrah Ula / Jamrah Wusta = 21biji)
4. 13 Zulhijjah   (7 biji x - Jamrah Kubra / Jamrah Ula / Jamrah Wusta = 21biji)

# Warna ungu untuk Nafar Awal. Jika Nafar Thani perlu mengutip 70 biji anak batu.


 


Jemaah haji berada di tanah lapang Muzdalifah
9 Zulhijjah 1432H / 05.11.2011 (Sabtu)

Alhamdulillah pukul 7 lebih tiba di Muzdalifah dengan selamat. Ramai jemaah negara lain berjalan kaki ke sini. Kami buka lapik plastik oren yang dibekalkan oleh TH dan jadikan beg sebagai border dengan jemaah lain kerana lelaki & perempuan bercampur di sini. Makan nasi yang dibawa dari Arafah tadi. Saya dan suami tiup bantal angin yang dibawa untuk tidur. Maghrib & Isyak sudah ditunaikan jamak tamam di Arafah. Kami baca Quran, berzikir, kutip batu dan berehat..tidur..walau sukar untuk lelap. Menunggu arahan TH untuk naik bas ke Mina.







Aktiviti mengutip anak batu

Syukurlah batu-batu kecil banyak terdapat di tepi tempat kami berehat. Tak perlu pergi jauh-jauh. Lampu yang terletak berhampiran dengan tempat kami cukup terang. Lampu picit kami simpan saja.
Digalakkan kutip 7 biji anak batu. Tapi kutip 49 biji (kami Nafar Awal - tidak melontar pada 13 Zulhijjah) setiap seorang siap-siap dan extra beberapa biji untuk kecemasan. Saiz batu ialah sebesar kacang kuda. Tidak perlu besar sangat. Batu tidak perlu dibasuh. Kami lihat ada jemaah basuh batu, lepas tu yang lain pun ikut....







Anak batu boleh juga dikutip di Mina


Ketika ini...sudah masuk 10 Zulhijjah..malam Raya Aidil Adha...tentunya ahli keluarga di Malaysia sedang membuat persiapan untuk Hari Raya. Bagaimanakah keadaan anak-anak yang diinggalkan bersama datuk dan nenek mereka? Kami serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
Malam ni cuaca baik..langit gelap pekat. Sambil baring.. melihat awan..banyak bintang..ada bulan..tapi tak terang sangat. Subhanallah kami kini di bumi Muzdalifah...telah menjadi kenyataan!



Hampir pukul 1  (sudah cukup syarat waktu bermalam di Muzdalifah) bas kami tiba dan terus ke Mina.





Previous Post Next Post