google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Selamat Tinggal Madinah - Wada'

Selamat Tinggal Madinah - Wada'

 


Qubbatul Hadra'
Ya Rasulullah
Ya Madinah al-Munawwarah
aku datang dengan penuh pengharapan
diri yang hina diselaputi dosa
mengharap rahmat dan pengampunanmu
Ya Allah

Madinah yang tenang dan indah
menjadi saksi
senyum tawa tangis sendu hiba ku di sini
walau pertemuan kita seketika cuma
namun ia mencatat seribu makna
yang tidak terungkap dek kata-kata
tidak terlukis untuk digambarkan

Selamat tinggal ya Rasulullah
Selamat Tinggal Madinah
Aku ingin kembali lagi
Satu hari nanti




Hari ke 9 di Madinah  (08/10/2011 - Sabtu)

Sepanjang 9 hari  8 malam di sini, terdapat lebih kurang tiga kali perjumpaan TH dengan para jemaah samada untuk taklimat atau ceramah. Terutamanya taklimat semasa baru tiba dan taklimat sebelum bertolak ke Mekah disertai dengan ilmu berkaitan ibadah haji dan umrah. Terdapat juga slot khas untuk isu-isu yang berhubung dengan wanita. Semua sesi perjumpaan ini sangat penting, secara tidak langsung ia juga adalah majlis ilmu.

Lebih kurang dua hari sebelum bertolak ke Mekah, kami sudah dimaklumkan tarikh, hari, nombor bas, nombor bilik dan hotel serta nama-nama rakan sebilik kita di Mekah nanti. Maka perpusu-pusulah para jemaah menyerbu dinding yang ditampal maklumat tersebut. Ada yang rakan sebilik di Madinah bakal menjadi rakan sebilik di Mekah juga. Tak kurang juga yang terpisah..tapi tak jauh. Bilik sebelah atau selang satu dua bilik sahaja.

Barang-barang yang perlu dipos ke Malaysia sudah dikumpul dan mula membeli kotak. Kami pos kurma yang dibeli di Madinah dan barang-barang cenderamata yang lain. Kami pos satu kotak RM350 untuk 25kg melalui syarikat City Link. Telefon syarikat ni...mereka akan datang ke bilik untuk packing dan timbang hingga selesai. Tapi..sampai agak lewat ke Malaysia. Mak ayah kami dah risau takut kurma tu rosak. di sini tiada servis Pos Malaysia. Di Mekah nanti ada.


Tepat pukul 6 pagi kami menuju ke Masjid nabawi untuk ziarah wida'. Bagi yang berkesempatan, sekali lagi ke Raudhah buat kali terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada habibullah Rasulullah SAW. Selain dari itu, berada di hadapan Qubbatul Hadra' (Kubah Hijau..di bawahnya terletak makam Rasulullah SAW). Membaca doa yang khusus untuk wida'. Di sini, air mata mengalir deras seolah-olah kita akan berpisah dengan seseorang yang amat dikasihi. Walau Rasulullah telah tiada, namun seolah-olah baginda  mendengar apa yang diungkapkan. Suasana agak pilu...
Syukurlah semuanya berjalan dengan lancar sepanjang kami berada di bumi Madinah yang mulia ini.


Polis menjaga keamanan masjid - berjubah putih dan berimamah merah



                                   Jemaah Indonesia sedang mendengar taklimat untuk ziarah wida'


Jemaah Indonesia : Lain agensi, lain uniform





Jemaah Thailand ke Indonesia ni..




Jemaah Afrika


Jemaah Turki ..mereka setiasa bergerak dalam kumpulan

Aktiviti hari ini :
6.00am     -     Ziarah wida'
8.00am     -     Hantar beg ke Tingkat 6 (ikut arahan)...pada Label Bas No. 5
                       Lunch. Solat Zohor terakhir di sini.
2.00pm    -      Dah duduk dalam bas. Duduk belakang. Kerusi bas ni saiz "s"..agak comel.
3.00pm    -      Bas bergerak. Bawa sedikit makanan dan minuman.
                       Semuanya dalam 10 buah bas (KT2) bergerak ke Mekah.

                -     Singgah di Bir Ali. Solat Asar. Solat sunat ihram. Niat ihram umrah untuk haji.
                       Dalam bas start talbiah bergilir-gilir jemaah lelaki. Bersemangat!

                -     Check-point 1

                -     R&R (Namanya Istirahah al-Halij)
                       Makanan tak berapa ada sangat. Toilet oklah. Azan maghrib...solat jamak Maghrib & Isyak.
                       Makan bekalan yang dibawa. Kutipan "baksis" untuk sedekah kepada driver. Talbiah lagi...

                -     Check -point 2 : Port Jumum

  # Jarak perjalanan dari madinah ke Mekah ialah 447km.


Pemandangan dari dalam bas .. perjalanan ke Mekah



Luar masjid Bir Ali



Masjid Bir Ali yang indah
Previous Post Next Post