google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Madinah : Masjid Quba'

Madinah : Masjid Quba'





Firman Allah S.W.T
Maksudnya : "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya...".
Surah at-Taubah : Ayat 108


Pada hari kedua di Madinah (Sabtu - 01/10/11) selepas sarapan kebab dan air teh susu (syai ma'a al-laban) berkumpul pada pukul 6.30 pagi. Dengan menaiki bas yang disediakan kami memulakan ekspedisi "Ziarah Luar" iaitu :
- Masjid Quba'
- Ladang Kurma
- Masjid Qiblatain
- Bukit Uhud


Amalan di Masjid Quba' :
- solat sunat  2 rakaat ( berwuduk dari hotel)
- berdoa
- jika ada kesempatan barulah solat lain seperti solat sunat dhuha (jika waktu pagi), solat hajat dll



# Kenangilah sirah Rasulullah s.a.w yang bersusah payah berhijrah demi kesinambungan Islam, membina
   masjid dengan tangannya sendiri yang mulia. Baginda di sini suatu ketika dulu...
# Jika berpeluang, pergilah ke masjid ini berkali-kali sementara masih berada di Madinah untuk merebut
   fadhilatnya..apa yang penting niat untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada-Nya. Biasanya ada teksi
   di sekitar hotel untuk mengambil penumpang. Pergi dalam kumpulan 4 orang atau lebih bersama mahram.
# Biasanya jemaah diperuntukan masa yang terhad..hanya cukup untuk solat dan cepat-cepat berkumpul
   semula di tempat yang ditetapkan atau terus ke bas semula. Ingat nombor plat bas atau lain-lain tanda.
   Lebih baik jika bergerak dalam kumpulan atau dengan kawan-kawan.



Sejarah Masjid Quba' :

- Terletak kira-kira 3km dari arah selatan Kota Madinah
- Masjid pertama dibina ketika peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah pada hari Isnin 12
   Rabi'ul Awwal / 20 September 622M
- Dinamakan Quba' sempena sebuah perigi yang terdapat di sini pada waktu itu
- Setelah selesai dibina, Rasulullah s.a.w solat berjemaah bersama sahabat dalam kalangan  Muhajirin (dari
   Mekah) dan Ansar (penduduk Madinah) dengan baginda menjadi imam berkiblatkan Baitul Maqdis.
   Ini melambangkan persaudaraan dan ketaqwaan di bawah satu payung iaitu tauhid dan iman.
- Pada zaman itu, masjid ini dikatakan hanya dibina bertiangkan batang kurma, beratapkan daun & pelepah
   kurma dan berlantaikan pasir sahaja...sesungguhnya iman mereka mengatasi segala kesusahan yang ada.



Papan tanda ini menanti anda di pintu utama masjid



Pohon kurma yang hidup subur dan menyamankan di perkarangan masjid




Fadhilat solat di Masjid Quba'


Kelebihan solat di Masjid Quba' 

Maksud hadis :
"Sesiapa yang keluar daripada rumahnya sehinggalah sampai di Masjid Quba' dan bersembahyang di dalamnya, baginya ganjaran pahala seperti menunaikan umrah".
(Riwayat An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)



Muzawwir (pemandu ziarah) Ustaz Salam pelajar  tahun dua Universiti Madinah



Di antara bahan jualan di sekitar masjid




Para peniaga di tepi masjid





Pilihlah mana yang berkenan..perlu cepat kerana masa sangat terhad. Bas sudah menunggu!




Macam-macam ada...




Kurma sedang masak ranum pun ada




Pemandangan dari luar...dah nak balik. Selamat tinggal Masjid Quba'

Previous Post Next Post