google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Hotel di Madinah

Hotel di Madinah


Madinah Al-Munawwarah
Hotel mewah ini hanya 50m dari masjid

Selesai urusan imigresen, naik bas dalam setengah jam dah tiba di Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick  . Termangu-mangu..ikut saja arahan petugas Tabung Haji. Makan dulu. Beg besar dihantar petugas ke lif yang berhampiran dengan bilik.Masuk bilik.. berempat..semua orang Bangi/Kajang yang lebih kurang seusia semuanya..39-46 tahun. Para suami..empat orang..di bilik sebelah. Setiap penghuni bilik ada kunci/kad sendiri..senang keluar masuk. Terus beli sim card Mobily Boleh hubungi keluarga di Malaysia dan apa yang penting untuk berhubung dengan pasangan atau rakan sebilik menjadi lebih mudah. Room to room telephone service ada disediakan.






Pantry/dapur di dalam bilik hotel

Di pantry ini disediakan empat paket bahan minuman yang mengandungi teh uncang, nescafe, gula dan krimer untuk berempat bagi kegunaan lebih kurang 8 hari di madinah. Alat pemanas air/kettle disediakan. Tapi tak habis...bawa ke Mekah pula. Ada dapur untuk memasak..tapi kami tak guna. Di bawah hotel ada Ben Dawood Supermarket yang menjual frying pan kecil dan pelbagai keperluan kalau nak memasak.





  
Bilik Tidur Untuk 4 orang

Inilah bilik tidur kami yang amat selesa. Tapi perlu diingat tujuan utama adalah untuk beribadah kepada-Nya.
Kami mengambil peluang untuk menonton "Medina & Mecca Live" jika ada masa terluang. Boleh lihat samada sudah ramai orang di masjid atau tidak. Juga boleh menyaksikan gelagat para jemaah di masjid tanpa mereka sedari kamera berada di mana-mana dalam masjid. Tetapi hanya di kawasan jemaah lelaki sahaja. Bilik dikemas dan tandas dibersihkan setiap hari melainkan penghuni bilik tidak memerlukan perkhidmatan  tersebut.




Bilik Mandi & Tandas


Kami sidai baju di dalam bilik mandi. Bila sudah tos air..kami keringkan di dalam bilik. Hari ke tiga..sudah ada perkhidmatan dobi. Boleh kami hantar ke dobi. Hantar waktu Zohor hari ini...ambil waktu Zohor keesokan harinya.




 
Klinik Tabung Haji

Setiap kali mendapatkan rawatan sila pastikan dokumen ini dibawa :
(a) Buku Rekod Rawatan (BRR)
(b) Kad Pengenalan Haji


Kesimpulannya, perkhidmatan yang disediakan di hotel ini (Tingkat 3) :
1.   Dewan Makan
2.   Kaunter Tabung Haji (urusan pengeluaran wang) - bawa Kad Pengenalan Haji sahaja
3.   Klinik Tabung Haji
4.   Jualan sim card dan top up
5.   Perkhidmatan pos barang & air zamzam ke Malaysia
6.   Perkhidmatan dobi
Previous Post Next Post