Pengalaman indah ini hanya tinggal memori
Sekadar catatan buat yang bakal menunaikan haji
Pengalaman terindah bagi yang telah bergelar haji
Mengimbau kenangan dalam mencari redha Ilahi
(1) Kompleks Haji Kelana Jaya, Malaysia
29/09/2011
- Khamis
Seawal 5.00pagi
semua ahli keluarga telah bersedia menuju ke Kompleks Haji Kelana Jaya untuk
memulakan misi suci dengan diiringi AJK surau dan jiran-jiran di muka pintu.
Tiba di KHKJ pada 5.40 pagi..terus azan subuh berkumandang dan solat
ditunaikan. 6.45am ahli keluarga pulang untuk keselesaan mereka agar tidak
menunggu lama dengan keadaan yang sesak.
Ambil sticker yang
akan ditampal di beg besar dan beg kecil, beg sandang (TM), payung, tikar solat
oren (TM), lencana gantung leher, hand wash & mask, pil vitamin di kaunter
yang ditetapkan dengan menunjukkan surat penerbangan.
Tepat 7.30am semua jemaah
memasuki balai berlepas KHKJ..check in & timbang barang. Inilah saat
terakhir bakal haji dapat melihat keluarga mereka. Membeli sarapan
sebelum mendengar taklimat. Akhir sekali..doa..azan pula dikumandangkan dengan penuh sayu
dan syahdu..sebagai tanda perjuangan akan bermula.
8.45 pagi mula
menaiki bas nombor 5. Masing-masing membawa perasaan yang berbaur gembira,
sedih, pilu, terharu dan penuh teka teki. Mungkin inilah yang bermain dalam
benak mereka "Aku bakal menunaikan haji..mampukah aku mengharungi
dugaan-Nya..bagaimana keluarga dan pekerjaan yang ditinggalkan...mampukah aku
menggapai Haji Mabrur?". Pukul 9.30am bas mula bergerak ke KLIA dengan
diiringi lagu nasyid "Raihan" yang mendayu-dayu dari corong radio bas.. 'Labbaikallahumma
labbaik..labbaika la syarika laka labbaik...' membuatkan semua bakal haji tersentuh hati, berdebar.. namun cukup tenang.
Lebih kurang 10 buah bas semuanya yang diiringi oleh polis trafik yang
membantu memberi laluan konvoi ini meluru ke KLIA tanpa sebarang masalah
di traffic light.
Semua bakal haji
tiba di bangunan khas KLIA untuk haji pada 10.30 pagi disambut oleh para
petugas dan pegawai KLIA yang begitu ramah mengucapkan tahniah dan selamat
jalan kepada para tetamu Allah. Akhirnya, pesawat MH8000 untuk jemaah KT2
terbang membelah awan menuju ke Madinah Airport. Semua penumpang kelihatan
teruja tapi tenang..mungkin letih telah bertapak beberapa hari sebelum
penerbangan. Kami sahut seruan-Mu ya Allah. Terimalah kami yang hina ya Allah.
Hidangan dalam flight |
(2) Madinah Airport
Subhanallah..bumi Madinah dari udara. Tandus..gersang..berbatu & berpasir tanpa tumbuhan |
Sudah pukul 8.00 malam di Malaysia ketika ini. Ini bermakna sudah 8 jam 30 minit kami di udara. cuaca agak kurang elok..."bad landing"...bergegar-gegar semacam.Tempat duduk pula di bahagian belakang..macam-macam perasaan ada..mual, loya, pening kepala, perut memulas dan macam nak muntah. Inilah simptom masa nak mendarat. Innilah cubaan awal dari-Nya. Patutlah kami dibekalkan minyak kapak, bam, gula-gula hacks dll oleh TH di dalam flight tadi. Hanya kepada Allah kami berserah. Syukur..selamat mendarat pada 3.00 petang waktu Madinah.
Hajj Terminal, Medina Airport |